SECANGKIR EMAS

SELAMAT DATANG KE BLOG DAGANG EMAS.

Blog ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang logam yang sangat bernilai ini.
Emas dan Perak merupakan salah satu cabang pelaburan yang sangat menarik untuk diketahui. .


TAHUKAH ANDA?

Emas adalah merupakan suatu logam lengai yang tidak bertindak balas dengan bahan-bahan lain. Ia dijadikan sebagai pemangkin di dalam industri pembuatan kerana sifatnya yang tidak menganggu logam-logam lain. Jadi tidak hairanlah kenapa emas ini menjadi begitu berharga dan sering mendapat permintaan yang tinggi. Kalau dahulu emas dijadikan sebagai barang kemas,bekas minuman makanan atau sebagai bahan untuk menghiasi kediaman rumah,tetapi kini fungsi emas tak banyak bezanya. Lebih menarik lagi ia dijadikan salah satu portfolio pelaburan yang sangat menguntungkan.

Fizikal Emas

Fizikal Emas
Jongkong Emas(Gold Bar)

04 Disember 2009

EMAS CATAT HARGA REKOD TERTINGGI

LONDON - Harga emas mencapai paras rekod melepasi USD1,217 untuk setiap auns (31.1035 gram) atau RM132 segram semalam berikutan kebimbangan pelabur yang mencari tempat selamat setelah nilai dolar semakin lemah.
         Harga emas di Pasaran Bulion London melepasi paras halangan USD1,200 (USD1=RM3.38) buat kali pertama kelmarin.
         Selepas mencapai harga rekod baru, emas jatuh sedikit untuk didagangkan pada harga USD1,207.82 menjelang tengahari.
         Kenaikan harga emas berikutan kebimbangan akibat inflasi dan rekod kewangan buruk manakala bank-bank pusat dijangka menjual dolar.
         Nilai emas melambung lebih 55 peratus sejak 12 bulan lalu. Logam kuning yang sering menjadi pemacu hiasan wanita dan pelabur sering dijadikan zon selamat setiap kali berlaku masalah kewangan.
         " Emas akan menjadi setor nilai wang kerana para pelabur sangsi terhadap sistem kewangan semasa. Emas tidak akan hilang nilai ", kata penganalisis, CMC Markets, Michael Hewson ketika dihubungi di sini.
         Pada minggu lalu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengumumkan ia menjual 10 tan emas kepada bank pusat Sri Langka USD375 juta sebagai langkah menstruktur semula sumber kewangannya.-AFP.

sumber-KOSMO!Khamis 3 Disember 2009

26 November 2009

DINAR EMAS- PANDANGAN TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD

1. Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini.

2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.

3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.

4. Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.

5. Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.

6. Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai "Gold Standard". Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.

7. Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.

8. Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.

9. Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan "Bank Notes" sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.

10. Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.

11. Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.

12. Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.

13. Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.

14. Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.

15. Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.

16. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.

17. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.

18. Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.

19. Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.

20. Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.

21. Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.

sumber :-http://chedet.co.cc/

11 November 2009

Perbandingan Pasaran Harga Emas Malaysia 2009

Federation of Goldsmiths Jewellers Association of Malaysia (FGJAM)

Retail Gold Price (November)


999 Gold : RM142.00/gm

916 Gold : RM134.00/gm

updated on 05 Nov 2009.



Retail Gold Price (Sept-October)

999 Gold : RM135.00/gm

916 Gold : RM127.00/gm



Retail Gold Price (May-August)

999 Gold : RM130.00/gm

916 Gold : RM122.00/gm



Retail Gold Price (April)

999 Gold : RM125.00/gm

916 Gold : RM117.00/gm



Retail Gold Price (March)

999 Gold : RM130.00/gm

916 Gold : RM122.00/gm

BIJAK WANG TV3 - PELABURAN EMAS

Tetamu Jemputan : Datuk Salleh Majid - Mantan Pengerusi BSKL.
Tarikh : 07/11/2009 ( Sabtu 7.00 mlm )

Intipati :-

1. Kenaikan Harga Emas 5 tahun kebelakangan ini ialah sebanyak
    250%  iaitu 50% setahun.

2. Jangkaan harga Emas akan naik menjadi USD 2000/oz dalam
    masa 3 tahun ini.

3. Negara India telah membeli 200 tan Emas dan akan
    menambahkannya lagi sebanyak 200 tan.

4. Negara China mengarahkan rakyatnya menyimpan Emas.

5. Simpan Emas sebagai aset sebanyak 5 - 10% daripada
    jumlah aset kita.

6. Pelaburan Emas yang terbaik adalah Emas 999.9
    ( Mana-mana Emas adalah baik )

7. Waktu yang sesuai untuk membeli Emas adalah setiap masa.

Kesimpulannya adalah Pelaburan Emas merupakan pelaburan yang terbaik dan selamat.Marilah kita bersama-sama melabur dalam Emas demi untuk kesihatan kewangan kita.

26 Oktober 2009

HARGA EMAS

Apa itu Harga Jual dan Harga Beli :-

Harga Jual :- Harga yg dijual oleh wakil atau agen ( syarikat )
                    kepada pembeli.

Harga Beli :- Harga yg dibeli oleh agen atau wakil ( Syarikat )
                    daripada pembeli.

Spreads    :- Perbezaan harga jual dan Harga Beli. Keuntungan yang
                   diambil oleh wakil atau agen Syarikat. Peratus
                   keuntungan ini ditetapkan oleh pihak syarikat.

BAGAIMANA UNTUK MEMBELI

1. Hubungi agen atau wakil jualan untuk mengetahui harga emas
    semasa.
    Harga juga boleh disemak melalui  sms taip
    public gold dan hantar ke 32828 atau
    taip public dinar dan hantar ke 32828.



2. Lock-in harga-iaitu proses penetapan harga jual beli ( AKAD ).
    Proses ini akan mengambil kira harga semasa emas
    ketika  perbincangan dilakukan dengan agen atau wakil jualan.
    Sekiranya harga emas berubah sama ada naik atau turun ,
    harga akan kekal mengikut seperti yang telah dipersetujui.
   

        Contoh:-

    1. Harga Semasa Lock-in : RM 550
        Selepas Lock-in           : RM 600
        Bayaran                       : RM 550

   2. Harga Semasa Lock-in : RM 550
       Harga Selepas Lock-in : RM 500
       Bayaran                       : RM 550

   3. Buat bayaran sama ada secara tunai atau bank-in kepada agen
       atau wakil jualan.

20 Oktober 2009

19 Oktober 2009

KEUNTUNGAN MENYIMPAN EMAS

Peranan emas ketika negara aman dan makmur.

Bagi kita rakyat Malaysia, apabila kita membeli emas, biasanya ada 4 tujuan:

1. Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa panjang)

2. Sebagai pelaburan - untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi

3. Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik.

4. Hantaran kahwin

Memandangkan kita berada di dalam keadaan yang sangat aman dan ekonomi yang stabil, tidak pernah terlintas di hati kita bahawa emas adalah Asset penyelamat harta Kita?

Peranan emas ketika kegawatan ekonomi dan politik.

Di dalam keadaan kegawatan ekonomi atau politik, emas akan memainkan peranan utama sebagai medium pertukaran atau wang. Ketika itu manusia tidak akan mempercayai wang kertas kerana wang kertas hanyalah - kertas! tak ada nilai.

Peranan emas ketika harga emas menurun

Pada kebiasaannya harga emas turun disebabkan beberapa faktor. Ia merupakan fonomena biasa dan bersifat sementara dan akan kembali melonjak ke aras sepatutnya dengan cepat kerana nilai dan permintaan semasa yang amat tinggi. Sekiranya harga menurun maka peluang pelabur mendapatkan keuntungan adalah berlipat ganda berbanding kenaikan secara berterusan. Permintaan dan nilai logam ini telah pun terbukti sejak beribu tahun dulu lagi.

PELABURAN EMAS

Macam Mana Kita Nak Mulakan ?

Mulakan dengan membeli Emas setiap bulan sama ada syiling emas,jongkong emas atau barang kemas.Selepas 6 bulan, nilaikan Emas tersebut dengan harga semasa untuk memastikan untung atau tidak kemudian bandingkan  dengan ASB,Mutual Fund, FD dan lain-lain Investment.

Ilmu Emas ini amat jarang sekali diperbincangkan di luar sana.Kita tidak akan tahu jika kita tidak mahu ambil tahu dan kita pasti  tidak  akan rugi sekiranya kita  ambil tahu. ..
Tipu daya wang kertas dan sistem riba boleh memusnahkan nilai harta kita. Marilah kita bersama-sama menceburi dalam bidang pelaburan emas ini. Insya Allah kita pasti akan beroleh keuntungan daripada apa yang kita laburkan kerana pelaburan ini bukan sekadar mengejar kekayaan dunia malah boleh manfaatkan kepada insan yang memerlukan...Dunia dan Akhirat.

Ceburilah Industri Emas Malaysia...Selamat Maju Jaya.

BENTUK FIZIKAL EMAS

BARANG KEMAS



BERBICARA mengenai barang kemas, kaum wanita merupakan golongan yang paling gemar membelinya walaupun harga emas semakin meningkat. Tidak dinafikan barang kemas seolah-olah telah menjadi menjadi keperluan kepada kaum Hawa dan juga secara tidak langsung melambangkan kemewahan dan status seseorang.
Bukan setakat masyarakat Melayu yang menggemari barang kemas emas malah ia menjadi hadiah utama pada majlis perkahwinan kaum Cina dan India.
Walaupun pada masa kini ‘kegilaan’ wanita telah beralih pada barangan perhiasan diri seperti kristal dan batu-batu permata, namun masih ramai yang mempercayai keistimewaan emas pada pemakainya.

BENTUK FIZIKAL EMAS


SYILING EMAS

Untuk pengetahuan anda,  pelaburan emas yang paling mudah , murah dan baik ialah membeli syiling emas. Ini adalah kerana :-

1. Mudah dibawa (portable)
    Ini kerana syiling emas ini biasanya bersaiz 1 Oz , 1/2 Oz,
    1/4 Oz, 1/10 Oz dan 1/20 Oz.

2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
    Ini kerana syiling emas dikilangkan (minting) mengikut standard
    yang ditetapkan. Dengan kata lain dengan  melihat syiling emas
    berkenaan kita boleh mengetahui jenis syiling, pengeluar, berat
    dan ketulenan syiling berkenaan.

3. Mudah ditunaikan,
    Memandangkan syiling emas nie mempunyai ciri-ciri seperti
    diatas, ianya mudah ditunaikan.


Berikut adalah di antara syiling emas yang terdapat di Malaysia


DINAR

Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan digunakan di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam.Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad lagi, iaitu dinar. Dinar emas telah diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya.

Dinar emas boleh dimulakan oleh masyarakat di Malaysia dengan beberapa cara permulaan iaitu :

1.Simpanan harta dalam bentuk dinar emas


2.Mas kahwin


3.Membayar zakat


4.Pemberian hadiah


5.Sedekah kepada fakir miskin dan anak yatim


6.Harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu


7.Upah kepada perkhidmatan


8.Sumbangan tertentu


Dinar Public Gold




Boleh didapati dalam saiz 1 dinar, 5 Dinar, 10 Dinar


Dinar Emas Kelantan





Boleh didapati salam saiz 2 dinar, 1 Dinar, 1/2 Dinar dan 1/4 Dinar



KIJANG EMAS





Kijang Emas adalah wang syiling emas rasmi Malaysia dan dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia.
Ianya terdapat di dalam 3 saiz iaitu 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz ( 1 Oz = 31.1 gram). Ketulenan emasnya ialah 24K (999.9)
Kijang Emas dijual di Maybank cawangan tertentu sahaja


Syiling Emas yang dijual oleh UOB Bank, antaranya:


 Canadian gold Maple Leave





Boleh didapati dalam saiz 1 Oz, 1/2 Oz, 1/4 Oz, 1/10 Oz dan 1/20 Oz



Australian Kangaroo Gold Nugget






Boleh didapati dalam saiz 1 Oz, 1/2 Oz, 1/4 Oz, 1/10 Oz dan 1/20 Oz
 

Singapore Lion Gold Coin





Boleh didapati dalam saiz 1 Oz, 1/2 Oz, 1/4 Oz, 1/10 Oz dan 1/20 Oz
 
 

BENTUK FIZIKAL EMAS




JONGKONG EMAS ( GOLD BAR )

Salah satu cara membeli membuat pelaburan emas ialah dengan cara membeli jongkong emas (Gold Bar ).
Terdapat jongkong emas dengan berat 10 gram, 20 gram , 50 gram, 100 gram dan 500 gram dan 1 kilogram. Jongkong yang terlalu tebal mungkin mengandungi kurang kandungan emas 916.
Jongkong emas yang popular adalah emas 916 dan 999. Keuntungan boleh dilihat apabila jongkong dijual ketika harga emas naik.

Berikut adalah di antara Jongkong Emas ( Gold Bar ) yang terdapat di Malaysia


Public Gold Bar



Credit Suisse



Pamp Suisse Lady Fortuna



Poh Kong Bunga Raya



 

14 Oktober 2009

EMAS-LOGAM YANG SANGAT BERHARGA

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG LOGAM INI?

APA ITU KARAT ( K ) ?
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.

STANDARD KETULENAN EMAS BARU
( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam 24K mengikut ukuran lama
( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½
( c ) 916.6 Emas Singapura 22K mengikut ukuran lama
( d ) 875
( e ) 835
( f ) 750 18K mengikut ukuran lama
( g ) 585 14K mengikut ukuran lama
( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lamaEmas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

STANDARD KETULENAN PERAK
( a ) 958.4 ( b ) 925 ( c ) 830 ( d ) 800

STANDARD KETULENAN PLATINUM
( a ) 950 bermakna 95.0% kandungannya.

CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN
KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN 24

CARA MENGUKUR KARAT
STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT 1000
Contoh Pengiraan :Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat). 750 X 24 = 18K 1000

TAKRIF KETULENAN
Ketulenan ialah bahagaian logam berharga di dalam aloi ( campuran lebih daripada satu logam ). Ia mengambarkan tahap keaslian kandungan logam yang menjadi asas dalam pembuatan sesuatu barang samada daripada emas, perak atau platinum.

PENGUJIAN KETULENAN ( ASSAYING )
Pengujian ketulenan atau lebih biasa dikenali sebagai “ assaying “ adalah penentuan kandunganlogam berharga sebenar dalam aloi secara saintifik. Penentuan ini adalah dibuat oleh pihak ketiga yang tiada kepentingan dalam perniagaan barang-barang logam berharga. Dalam menjalankan penentuan secara saintifik ini, pejabat-pejabat pengujian ketulenan ini perlu mematuhi standard-standard Malaysia yang ditetapkan oleh SIRIM. Kandungan logam berharga sebenar yang ditetapkan kemudian ditanda sebagai STANDARD KETULENAN pada barang yang telah diuji.

STANDARD KETULENAN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN
Di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan ( Artikel-artikel yang dibuat dari bahan berharga ) 1994, barangan yang diperbuat daripada logam berharga hendaklah diperbuat dengan mematuhi standard ketulenan yang telah ditetapkan. Standard ketulenan hendaklah dicap atau diukir di barangan berkenaan.Standard ketulenan bagi emas hendaklah dicap atau diukir dalam tiga angka seperti 950, 916 ataupun 870. Cap atau ukir boleh digunakan di dalam bentuk empat segi.Bagi perak boleh dicap atau diukir dalam bentuk bulatan. Bagi platinium dicap atau diukir dalam bentuk tiga segi.

PENANDAAN STANDARD KETULENAN
Barang-barang yang diwajibkan penandaanBarang-barang yang diperbuat daripada logam berharga wajib ditanda dengan standard-standard ketulenan seperti yang dinyatakan dengan SAIZ PENANDAAN TIDAK KURANG DARIPADA 0.6 mm.Pengecualian diberi bagi 916.6 yang ditanda sebagai 916 sahaja. Disamping itu tanda-tanda lain seperti cap dagangan pembuat dan “ assaying office “ adalah dibenarkan. Walaupun penandaan standard ketulenan dengan nilai karat ( K ) tidak diperlukan di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan 1994, tetapi penandaan tersebut dibolehkan bagi tujuan maklumat tambahan pembeli . Penandaan lambing pembuat, pejabat uji tulen dan tarikh dibenarkan walaupun tidak diwajibkan.

PENGGUNAAN SADURAN ( PLATING )
Apabila sesuatu barang disadurkan dengan emas, perak atau platinum perkatan disadur ( PLATED )perlu dinyatakan terang sekurang-kurangnya sama besar dengan perkataan emas, perak atau platinum yang dicap pada barangan tersebut. Penandaan standard ketulenan tidak dibenarkan dicap atau diukir pada mana-mana bahagian barang-barang yang disadur. Contohnya disadur emas ( gold plated ) adalah dibenarkan tetapi penandaan disadur emas 22K ( 22K gold plated ) TIDAK DIBENAR kan.

PENGECUALIAN DARI PENANDAAN
Pengecualian dari penandaan diberi kepada barang-barang yang terlalu kecil atau nipis dan berat yang kurang daripada 1.5 gram.

PENGECULIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INI
Duit syiling , barangan yang digunakan bagi keperluan perubatan, pergigian, vaterinar, saintifik atau perindustrian , benang emas ,bahan mentah ( termasuk jongkong, tali kelat, keranjang, plat ,wayar, kepingan atau tiub ) atau bullion dan barang-barang emas,perak dan platinum yang diperbuat sebelum 1hb.Ogos,1995.